Lot 7812 (PM1845), Bukit Cherakah, Jalan Kg Subang Baru U9, 40150 Shah Alam, Selangor
Loading...
Testimoni 2017-09-28T10:08:47+00:00

Terima kasih kepada Mahligai Impian kerana menaja makanan kami dari mula sampailah habis program. Makanan yang dihidangkan sangat-sangat sedap dan kami semua berpuas hati, terima kasih Mahligai Impian.

Hatta Dolmat

Assalamualaikum, thank you so much for the awesome service dari Mahligai Impian. Semua tak ada masalah. Bab makanan memang ramai yang puji sedap. Kawan-kawan mak, mak cik saya semua tanya mana jumpa katering ni sebab lauk sedap sangat. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Thank you kak sebab tolong saya. Maaf kalau ada salah silap dari saya dan family. Nanti next wedding boleh tempah Mahligai Impian lagi. Hehehe… .

Athikah

Assalamualaikum, maaf lambat balas. Lepas kenduri hari tu sibuk memanjang. Ni baru lega sikit boleh rehat. Nak bagitahu ni, hari tu kenduri servis memang sangat-sangat bagus, semuanya tip-top. Makanan pula memang sangat-sangat sedap. Memang tak rugi langsung ambil catering Mahligai Impian. Apa yang saya nak semua dapat.

Terima kasih kepada team Mahligai Impian sebab banyak melayan dan memenuhi kehendak kami. Memang saya akan recommendkan kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang lain. Saya doakan semoga Mahligai Impian terus maju dan berjaya.

Kharudin

Alhamdulillah, semua okey, berjalan lancar dan servis terbaik! Akak nak bagi kredit kepada yang incharge majlis pada hari tu sebab semuanya under control. Sepanjang majlis semua okey. Akak nak bagi 5 bintang. Makanan semua puas hati dan sedap. Ramai yang bertanya ambil katering dari mana. Dan akak nampak ramai yang ambil pamphlet Mahligai Impian. Terima kasih Mahligai Impian, semoga Mahligai Impian terus efficient dan success.

Sofea

Assalamualaikum. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Mahligai Impian. Terima kasih ubtuk crew Mahligai Impian yang sangat cekap dan saya bagi 10/10 dan 5 bintang. Terima kasih banyak-banyak keranamu majlis akak berjalan lancer dan sempurna.

Shamsuri

Assalamualaikum, terima kasih kerana banyak tolong kami. Saya sangat berpuas hati dengan Mahligai Impian. Makanan sedap, pelamin cantik dan majlis memang meriah. Thanks again, ya.

Syazreen

Alhamdulillah, dah selesai majlis saya. Majlis berjalan lancar, ramai puji makanan sedap meletop. Siap bertambah-tambah, servis pun tip-top. Terkejut juga ada yang taka da dalam senarai, tiba-tiba ada. Terima kasih Mahligai Impian merealisasikan impian kami.

Shaqirah

Assalamualaikum. First of all, nak ucap terima kasih sebab sama-sama membantu menjayakan majlis kita. Alhamdulillah, semua ok. Memuaskan. Kita tanya keluarga kita, keluarga mertua, kawan-kawan semua. Semua kata makanan sedap, ayam tak hancur, daging tak relai.

Best, best, best! Walaupun pengantin tak dapat makan dengan tenang, asalkan tetamu kata makanan sedap. Alhamdulillah. Terima kasih sebab buktikan apa yang diviralkan tu tak betul.

Lulu
Check Our FeedVisit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube