Lot 7812 (PM1845), Bukit Cherakah, Jalan Kg Subang Baru U9, 40150 Shah Alam, Selangor

Majlis Persandingan Norman + Memey & Abby Abadi + Jaizanny beserta anak-anak tercinta

Kisah perkahwinan antara Abby abadi dan Norman Hakim sebenarnya begitu hangat diperkatakan setelah penceraian antara mereka , ditambah lagi dengan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza , ia adalah perkara yang hangat diperkatakan pada waktu itu .

Norman Hakim dan Abby Abadi atau nama sebenar beliau Arbaiyah Abdul Manan mempunyai 3 orang anak ketika bersama .

Namun dalam perjalanan masa yang panjang , kedua mereka telah menemui pasangan hidup masing-masing dan menjalani kehidupan keluarga yang bahagia . Malah anak-anak mereka kini semakin dewasa . Malah anak sulung mereka , Mohd Danish Hakim , 14 . Kini telah menghafal 30 juzuk Al quran .

Kegembiraan ini dikongsikan dengan perjumpaan keluarga besar dan persandingan lagi sekali antara Norman Hakim bersama Memey Suhaizadan juga Abby Abadi bersama Jaiezanny oleh Mahligai Impian . Kegembiraan jelas terpancar , kejujuran diluahkan antara mereka .

Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang merupakan duta Mahligai Impian , menjelaskan mereka ingin melihat kegembiraan antara mereka , dikongsi bersama Abby dan suami dan juga anak-anak mereka .

“Saya ingin membuktikan kepada semua , sebagai hamba Allah dan dengan apa sahaja ujian yang Allah bagi sebenarnya adalah untuk naikkan martabat hambaNya”

Sambung Abby lagi “Pada mereka yang pernah ikuti kisah kami semua daripada episode awal akan tahu , tapi besarnya kejadian , Allah satukan hati kami hari ini . InsyaAllahsemoga kami semua dapat bersama hingga ke Syurga”

Sebagaimana dapat dilihat sosial media , antara mereka jelas bahagia malah terus berhubungan baik demi anak-anak .

Norman Hakim turut meluahkan mengenai persandingan bersama ini dan menjelaskan kebahagian mereka adalah usaha bersama dan meilhat anak mereka terus bahagia bersama Ibu Bapa walaupun setelah perpisahan

“Idea ini adalah idea bersama antara kami dan Mahligai Impian , Kita nak cari benda yang tersurat dan tersirat”

“Tersirat ialah dapat gabungkan kami sebagai keluarga besar dan sesuai dengan motto Mahligai Impain iaitu Impian Anda Akan Kami Penuhi ”

“Tersurat pulak menampakkan ini sebagai satu platform , ramai nak gabungkan kami . Orang ramai sendiri Nampak di instagram dan social media , bila ada request untuk gabungkan kami untuk sesi photography , kami tak dapat penuhi sebab antara kami sentiasa sibuk dan anak-anak pun sekolah berasrama dan hanya ada masa pada hujung minggu sahaja . Pada hari ini ia adalah masa yang sesuai untuk melihat kami bergabung”

Norman terus menjelaskan perkara mengenai kedua mempelai yang berkongsi pelamin yang mana Persandingan khas ini di taja oleh Mahligai Impain Catering

“Kita kena melihat sesuatu yang tersurat dan tersirat . Kalau tersurat memang nampak janggal tapi bila kita lihat perkara yang tersirat ialah macam Abby kata orang ramai dah melihat kami dari episode awal lagi dengan segala masalah . Apabila kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kita akan faham dan takkan rasa janggal”

“Kadang-kadang orang meletakkan kita sebagai ikon atau role model , jadi apa yang kita buat ini adalah perkongsian untuk orang diluar sana dan untuk kami gunakan platform ini . Sesetengah orang faham tentang Al quran dan Hadis , kami tiada kelebihan ini tapi kami menyampaikan maksud secara visual yang boleh dipaparkan kepada masyarakat secara tersurat dan tersirat”

 

By | 2017-11-21T07:20:35+00:00 November 21st, 2017|Buletin, Tip|0 Comments

Leave A Comment

Check Our FeedVisit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube