Lot 7812 (PM1845), Bukit Cherakah, Jalan Kg Subang Baru U9, 40150 Shah Alam, Selangor

Inilah Akibat Kahwin Muda……

14 Perkara Anda Patut Tahu Jika Kahwin di Usia 20-an

 

Bagi yang memilih untuk berkahwin muda, mungkin ini antara perkara yang anda dan pasangan rasakan.

1: Saat ini korang dah jumpa pasangan yang disayangi. Masa itulah untuk korang belajar menjadi matang dalam rumahtangga. Cuba lebih serasikan antara satu sama lain supaya saling melengkapi.

2: Bila korang dah kahwin, bukan saja korang dapat rasa nikmat bercinta. Secara automatik, korang akan berubah untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi si suami yang perlu memberi nafkah zahir & batin.

3: Bila korang rasa down, pasti pasangan korang akan beri kata-kata semangat. Contohnya: “Seperti Malaysia, baby pun boleh!” “Sayang dungibap!” “You are still the best!” “Abang, shine bright like a diamond!* Apa saja mengikut kretiviti pasangan anda sendiri.

4: Biasanya mak bapa korang selalu kena tanya macam ni kan? “Anak bujang tu bila nak kahwin?” Sekarang soalan tu dah tak ada dah, sebab korang dah kahwin pun. Hahaha.

5: Korang penat macam mana pun, bila balik nanti pasangan anda sambut kehadiran anda dari rumah. Itulah saat yang paling bahagia.

6: Korang akan menghadapi cabaran hidup bersama-sama dan belajar untuk menangani masalah kehidupan. Ujian ini akan mengeratkan lagi hubungan korang berdua.

7: Pasangan kita itu adalah kawan baik, buah hati, ‘partner in crime’ – semua dalam satu.

8: Apabila hubungan sudah stabil, anda boleh fokus dalam memantapkan kerjaya.

9: Lepas tu, korang boleh buat aktiviti seharian dengan ada peneman. Lagi seronok dan bersemangat basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur. Semuanya dibuat secara berdua-duaan. Sweet kata koooo… .

10: Kalau rasa nak dating, tapi tengah tak ada bajet, korang boleh je lepak tengok movies kat rumah. Bukankah itu lebih privasi. Siap boleh peluk-peluk lagi.

11: Korang boleh jadi diri sendiri sepanjang masa. Bila tengah geram ke, bila sakit perut ke, bila rasa gembira ke, bila rasa malas ke, bila rasa tak mahu mandi lagi ke. Apa ada hal. Hahahaha

12: Korang akan lebih menghargai pasangan korang. Sebab waktu muda adalah waktu hangat bercinta. Mungkin dari segi sudut ekonominya masih belum stabil, dengan emosi yang masih belum matang ni korang akan melalui pelbagai cabaran dengan pasangan.

13: Kalau ada awek yang sanggup terima kau dengan seadanya, cepat-cepatlah kahwin. Lagi-lagi kalau dia terima kau waktu zaman pakai EX-5. Bila dah kahwin, cuba cipta satu kenangan yang paling tak boleh dilupakan. Contoh: bawa motor dalam keadaan hujan, berhenti bawah flyover. Saheh korang basah kuyup. Itu membuktikan pasangan korang sanggup SUSAH SENANG bersama. Itu moment sweet paling kuatlah. Kalau bergaduh, cuba kenang balik memori tu. Confirm merajuk sekejap je. Kalau kau lamar sama kau dah kaya, tak feel bro…tak feel..moment susah senang tu tak ada.

14: Ok, last! Kahwin muda ni best sebab bila kahwin awal, boleh dapat anak awal. So, bila dorang dah besar, orang ramai boleh anggap kita dengan anak adalah adik beradik sebab gap usia tak jauh. Orang tanya pada mak,” ni adik ke?” haha..Amacam? Kembang ke tak bila orang kata macam tu? Rasa muda je. Hahaha… Nak lagi best, segala jenis aktiviti pun boleh buat bersama-sama. Sebab anak dah besar dan parent masih ada kudrat.

pic credit to : FB Irine Nadia Marcello Dot Blogspot

By | 2017-12-28T10:51:02+00:00 December 28th, 2017|Buletin, Tip|0 Comments

Leave A Comment

Check Our FeedVisit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube